CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

11.22.2010

Si Dia Kembali...

Salam ...Kali ni nak cakap pasal kepulangan or kembali...haaa apa yang kembalinya??okey..kembalinya orang yang kita pernah sayang/cinta dulu..


Kembali ni tak semestinya orang tersebut kembali "couple" dengan kita, tapi maybe orang tersebut muncul kembali dalam hidup kita dengan menyapa "hai, lama tak dengar cite??"..
Maybe satu masa dulu kita macam dah hampir/sudah give up dengan orang tersebut, namun bila si dia muncul kembali kita rasa "eh, is that she/he the one for me?"

Okey bukan nak spoiled mood ke ape, bagi saya tak semestinya dia kembali untuk bersama kita. Maybe dia kembali untuk mengajar kita indirectly erti sabar atau setia. Contohnya , masa dia kembali tuk kita dah couple/kahwin dengan orang lain, jadi ini pasti menguji kesetiaan kita pada pasangan kita sekarang kan?? Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat kita yang dugaan pasti akan datang bila2 sahaja. Bergantung pada individu itu sendiri nak deal with the problem.

Saya pernah dengar dari kawan yang dengar kisah dari radio, seorang lelaki ni telah berkahwin dan pada suatu hari kekasih lama beliau telah menghubungi dia kembali. Dan dia sangat gembira dan setelah beberapa lama hubungan mereka kembali terjalin. Lelaki tu merasakan perasaan yang tidak pernah dia rasa bersama isterinya. Maybe dia rasa perkahwinan mereka hanya atas nama tetapi tiada pengisian seperti kasih sanyang dan cinta.

Namun entah bagaimana, baru lelaki itu tersedar, bahawa Allah menggerak kan kekasih lama beliau untuk kembali bukanlah untuk dia bersama kembali, tetapi menyedarkan dia bahawa apa yang selama ini telah hilang dalam perkahwinan dia dan isterinya. Jadi dia pon memutuskan hubungan dengan perempuan (ex gf) tersebut dan mula memperbaiki perkahwinan mereka.

Jadi kesimpulannya, marilah kita sama2 berusaha memperbaiki apa yang kita ada jangan hanya harapkan yang telah lalu. Diri kita sendiri mungkin harus berubah supaya kita sedar tujuan apa kembalinya si dia..

0 comments:

Post a Comment