CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

6.07.2010

Mengapa Wanita Curang










Selama ini kita sering mendengar cerita suami yang curang dan isteri menjadi korban pengkhianatan, namun kisah kecurangan rumahtangga kini tidak lagi terhad kepada kecurangan sang suami malah si isteri juga turut mencurangi pasangan mereka. Antara faktor kecurangan isteri ialah.

Tidak Dihargai
Setiap individu ingin dicintai dan menyintai, ungkapan kasih sayang dan pujian suami membuatkan wanita berasa dihargai sekaligus meningkatkan kepercayaan diri. Dan apabila wanita tidak mendapatkannya daripada suami, mereka mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka sehingga sanggup berlaku curang untuk membuatkan diri rasa dihargai.

Berjaya Dalam Karier
Ada wanita mencari lelaki lain setelah berjaya dalam karier kerjaya menarik adakala menjadikan rumahtangga sesuatu yang membosankan. Bayangkan apabila suami bersikap dingin sedangkan orang lain sentiasa memberikan pujian. Situasi ini membuatkan si isteri mencurah rasa kepada lelaki lain berbanding berdiskusi dengan suami sehingga membawa kepada kecurangan.

Ragu Dengan Komitmen Suami
Curiga dengan kesetiaan suami juga menjadi faktor kecurangan, dan jika suami benar-benar curang maka isteri tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama bagi membalas dendam meskipun mereka tidak beniat untuk berbuat demikian pada awalnya. Mungkin isteri melakukan perkara tersebut kerana ingin membuktikan bahawa mereka masih mampu menarik perhatian lelaki lain.

Bosan dan Kesepian
Ramai suami yang tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesipian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.  Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa yang berkualiti untuk bersama suami dan anak2. Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang. 
 Keperluan Seksual


Keperluan Seksual adalah salah satu benda yang penting bagi perempuan , jika suami tidak dapat melayan dan bersikap acuh tak acuh dalam perhubungan seksual mungkin membolehkan perempuan itu bersikap curang.

0 comments:

Post a Comment