CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

4.26.2010

7 Makanan Untuk Seks yang Lebih Baik.

Kepada pasangan yang sudah agak lama berkahwin dan merasakan perlu untuk menghidupkan semula keghairahan seks macam zaman mula-mula kahwin dulu, pemakanan yang bersesuaian dapat membantu kita untuk mendapatkan kembali ‘mood’ tu dan sebenarnya pasangan tidak perlukan sesuatu yang hebat untuk mencapai hasrat tersebut. Cukup hanya dengan makan malam di rumah yang romantik dengan masakan yang disediakan sendiri. Terdapat 7 set makanan semulajadi yang boleh meningkatkan ghairah suami-isteri, demikian mengikut kata Jennifer R. Berman, Pengarah di Berman Women’s Wellness Center di Beverly Hills, California.



Jadinya 7 makanan semulajadi yang mempunyai kadar aphrodisiac atau substance yang meningkatkan keinginan seks yang menyeronokkan adalah:

AVOCADO
Masyarakat Aztec merujuk buah avocado sebagai errr…. testis atau ‘teloq’ orang lelaki, cuba tengok balik bentuk fizikal buah tu, ada persamaan kan? itu berdasarkan pengamatan ‘layman’ namun berdasarkan kajian ilmiah avocado boleh dikategorikan sebagai aphrodisiac kerana ia mempunyai kandungan lemak dan rendah lemak tepu, ia baik untuk operasi jantung dan pembuluh darah. Apa saja yang membuat jantung berdegup akan membantu pengaliran darah ke seluruh anggota badan termasuklah ke tempat sulit. Sudah tentu ianya akan memberikan satu kelainan dalam keinginan seksual kepada mereka yang selalu mengambil avocado.

BADAM
Almond atau badam tidak dikategorikan dalam spesis kacang asli, sesetengah pihak mempercayai badam berupaya meningkatkan ghairah seks dan bertindak sebagai stimulus seksual serta membantu meningkatkan kesuburan. Badam sebenarnya padat dengan gizi dan kaya dalam beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi, seperti zinc, selenium dan vitamin E. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein. Ia juga mengandungi niasin, kalsium, protein dan fosforus. Kanak-kanak elok makan badam untuk pembesaran mereka manakala orang dewasa elok untuk kesihatan jantung, bila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, sudah tentunya ghairah seks yang hilang sebelum ini akan kembali semula.

STRAWBERI
Warna merah sememangnya diaanggap menaikkan selera. Buah strawberi juga di dapati mempunyai sumber asid folik yang banyak dan vitamin B. Kajian Berkley di Universiti California juga mendapati strawberi mampu menambahkan bilangan sperma kepada lelaki di samping membantu wanita semasa proses melahirkan anak. Dengan kata lain strawberi boleh meningkatkan libido pasangan suami-isteri.

MAKANAN LAUT
Kebanyakan orang memang sukakan makanan laut walaupun sesetengah orang tidak dapat menikmatinya kerana atas alasan kesihatan yang lain. Namun secara saintifiknya makanan laut, khususnya Oyster mempunyai reputasi sebagai aphrodisiac yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan zinc sebagai penyemarak libido. Selain daripada Oyster, ikan salmon dan ikan hering juga mempunyai kandungan Asid Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung. Bila jantung bagus, semua bahagian badan yang lain akan turut terasa kesannya.

ARUGULA
Arugula adalah sejenis salad yang telah digembar-gemburkan sebagai bantuan ghairah libido sejak abad pertama lagi. Hari ini, kajian menunjukkan bahawa kandungan mineral dan antioksidan di dalam salad tersebut memberikan sumbangan terhadap kesihatan seksual. Secara amnya sayuran hijau sangat penting untuk kesihatan seksual kita kerana ianya membantu menyerap pencemaran dalam badan yang memberikan impak negatif terhadap libido pasangan suami isteri.

ARA
Semua orang kenal buah ara kan, buah ni pun dikatakan menjadi ‘booster’ untuk kesuburan dan keghairahan seksual dan turut diaktegorikan sebagai salahsatu aphrodisiac yang baik. Ianya mempunyai fiber soluble dan insoluble yang penting untuk kesihatan jantung. Di samping itu kualiti serat makanan yang ada dalam buah ni membantu individu yang memakannya menjaga kecantikan perut agar tidak menonjol ke depan….buncit la tu!

BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus amat kaya dengan anti oksida, vitamin C dan asid Folik yang amat sesuai untuk dan memberikan kesan terhadap sistem reproduksi lelaki. Salad, anggur, limau mandarin, lemon dan sebagainya bukan sahaja memberikan kesan baik terhadap kesihatan badan malahan terhadap kehidupan seks sekali.


Berdasarkan kefahaman saya, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, ianya akan memberikan faedah kepada badan kita sendiri. Kesemua makanan yang disyorkan di atas tu memberikan impak positif kepada jantung si pemakannya. Secara logik akal, bila jantung dapat berfungsi dengan baik, ia akan mengepam darah dengan berkesan ke seluruh anggota badan, dan bila pengaliran darah berlaku secara normal dan sihat, sudah pastinya anggota badan lain termasuklah ‘libido’ akan sentiasa sihat.

4.20.2010

PaP SmeaR

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.

Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.


Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.


Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1).


Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.


Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.


Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.


Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.


Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.

2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.


Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.


Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.

URUTAN MEREDAKAN MASALAH SENGGUGUT

Rawatan dimulai dengan mengurut dari kaki sehingga ke bahagian tubuh. Sebaiknya urutan harus dilakukan seluruh badan dengan memberi tumpuan lebih pada bahagian kaki.

Setelah itu, urutan di bahagian perut dilakukan bagi membetulkan kedudukan rahim, melancarkan darah-darah beku yang tersekat.

Proses seterusnya adalah dengan meletakkan tuala suam di bahagian perut bertujuan untuk mencairkan darah beku dan melancarkan peredaran darah.

Kemudian, urutan di bahagian bahu dilakukan bagi melancarkan peredaran darah di sampin melegakan otot-otot yang tegang.

Akhir sekali urutan kepala untuk menenangkan selain membuang angin.

Petua 8P Ustazah Siti Norbayah

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8)Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Sarapan Sihat dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?


Hmmm … kalau anda hendak tahu, sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.


Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.


Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak tip berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!


1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.


2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.


3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.


4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.


5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.


6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.


7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

WaHai HuBBy HarGaiLah IsTeRi

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

4.19.2010






Foto kawen





NaSi keRaBu

BAHAN NASI:

4 cawan beras

BAHAN SAMBAL KELAPA:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

BAHAN KUAH TUMIS:

5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

BAHAN ULAM:

1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

CARA MENYEDIAKAN:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan
ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.
Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan
masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.
Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam
periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah
minyak bolehlah diangkat

Pasta Cabonara

Bahan-bahan

1 buku mentega buttercup
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tin campbell mushroom soup classic
1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus)
Lada hitam kisar

Spaghetti
Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara
Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak, letak dalam periuk dan panaskan.Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Angkat daging ayam beserta dengan bawang putih yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Masukkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup. Lepas tu, masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.
Last sekali, masukkan isi ayam & bawang putih yang dah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.

Penyediaan Spaghetti Fettuccine / Spiral
Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup. Pastu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis.

Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti.Macam mana....aku ade bawak kat opis...intan, tat, nyam2 kata sedap....

4.13.2010



Selamat Datang ke MaMa DaNiAl BloG Di harap anda mendapat manfaat dari posting di sini.

4.05.2010

Batu Seremban




Masa ni kat Perlis..Lawan batu seremban...Alhamdullilah..Juara...

Adam Harith



Ni sepupu Danial yang sama umur ngan danial...namanya Adam...rindunya nak main ngan Adam...Danial asyik nak tengok gambar Adam ngan Aiman je....

Sepupu Danial

Ni gambar sepupu danial namanya Syafik Aiman....mama aiman danial panggil Cik T papa aiman danial panggil Papa Yo....Comelkan Aiman...





Besday Danial 1 Tahun......








tak nak pandang pun kek...merajuk ke

Masa besday Danial ni dia demam...x de mood je anak mama...kesian...Banyaknye hadiah danial..tq kawan2 ngan sedara yang bagi hadiah tu ya...

RENUNG-RENUGKAN & SELAMAT BERAMAL....!!!!

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..




Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..




Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..Manusia bagaimana?
kita manusia......??? PASANGAN DISISI TAPI SETIA TIDAK DIHATI……

Renungkan lah.. ....

Rafiqin Darwisy: Nama Pun Budak, Tapi Agak-Agak Sikit Boleh?





Seawal minit permainan pagi tadi, berduyun-duyun orang melalui Facebook berkongsi satu link tentang Rafiqin Darwisy.

Budak berumur 14 tahun in di’katakan telah menghina kematian Din Beramboi dengan mengucapkan ‘Al-Fuck Din Beramboi’ melalui laman Facebook beliau.

Rakan-rakan yang prihatin mula mengecam tindakan Rafiqin Darwisy ini tetapi sebagai budak degil dari mana entah, Rafiqin Darwisy mempertahankan tindakan beliau.

Seperti kami kata, ini era internet, bahaya. Beberapa jam selepas itu satu Malaysia sudah tahu akan sikap kurang ajar budak bernama Rafiqin Darwisy.

Walaupun awak bergelar budak berhingus, jangan anggap ia lesen untuk jadi kurang ajar tanpa mempedulikan sensitiviti masyarkat & keluarga Din Beramboi khasnya.

Malaysia ini kecil sahaja adik sayang, bukti sudah bersepah-sepah. Tinggal masa jika ada pihak yang membuat laporan polis, anda tidak akan boleh lari ke’mana.

Ingat kejadian lelaki hina Sultan Johor? Bukti selepas ini. Jangan enjoice sebab ini perkara serius budak-budak kita sekarang.

Ini Bukan Drama: Badrul Muhayat Ke Mahkamah Ampang Esok





Kalau anak kecil dalam gambar di’atas adalah anak Badrul Muhayat, gambar ini memang menyayat hati. Imej baik & family guy Badrul Muhayat hilang begitu sahaja.

Badrul Muhayat akan di’dakwa atas tuduhan memukul dan mengugut isterinya pada 24 Mac lalu di Mahkamah Majistret Ampang pada pukul 9 pagi esok.

Badrul Muhayat di’tahan polis di sebuah restoran di Taman Nirwana di Ampang sekitar pukul 11 malam 30 Mac lalu. Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih mStar Online.

Laporan tidak menyebut tentang apa hukuman yang bakal Badrul Muhayat jalani jika di’sabit kesalahan, namun kami harap peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi.

Mama dan Danial



Gambar ni ak ambil masa nak datang keje ari jumaat 26 Mac...Danial siap pakai baju melayu lg...he..anak mama nak pulak senyum..pagi2 ni..pagi yang ceria...

DaNiaL dan Basikalnya Part 2