CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

6.07.2010

Suami Curang. 5 Perkara Perlu Dilakukan....

 Menerima berita kecurangan suami memang sesuatu yang menghiris hati seseorang isteri, pedih hati kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan akhirnya dikhianati, ditambah pula dengan perasaan malu bila kecurangan itu sudah pun tersebar dikalangan ahli keluarga dan rakan sendiri.. Berita mengejutkan ini biasanya jarang dapat diterima dengan hati yang tenang oleh wanita. Pastinya tiada isteri yang tidak emosi bila menerima berita sebegini. Sebab itulah ada yang mengambil tindakan menyerang suami dipejabat malah menyerang wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan suami. Sekiranya perkara ini berlaku..berfikirlah dulu sebelum bertindak..mungkin tip dibawah boleh dijadikan panduan.

Cuba Tenangkan Diri
Memang susah hendak tenangkan diri...tapi cubalah fikirkan tentang keluarga dan anak anda. Sebelum anda menyerang suami ada baiknya anda memberi masa pada diri untuk berfikir tindakan yang paling sesuai untuk diambil. Selain itu fikirlah tindakan yang akan diambil dan apa kesannya kepada keluarga, pasangan dan anak anda.

Dialog dengan Diri Sendiri.
Ketika anda mengambil masa untuk berfikir, Bercakaplah dengan diri anda sendiri, Adakah anda ingin memperbaiki keadaan dengan memaafkan pasangan anda dan meneruskan lagi perhubungan. Jika anda masih menyangi pasangan anda, cubalah untuk mengendalikan emosi, selalunya dalan keadaan begini kita akan bertindak dan juga akan bercakap mengikut emosi dan bukannya mengikut fikiran yang waras.

Berhadapan Dengan Suami
Bila emosi anda sudah reda dan fikiran kembali tenang baru barulah perkara ini dibincangkan dengan pasangan. Waktu ini walaupun anda layak untuk marah namun berilah peluang untuk pasangan bercakap, biarkan dia mengungkapkan rasa kecewa, kemaafan, penyesalan dan sebagainya. Selepas itu barulah giliran anda meluahkan semuanya.

Luahkan Pada Orang Yang Betul
Sewaktu berhadapan dengan masalah kecurangan suami ramai wanita yang tersilap langkah dalam menangani situasi ini. Sebaik cerita didengar mereka terus meluahkan rasa emosi dengan orang lain dan bukannya dengan suami. Mungkin dengan rakan ataupun ahli keluarga..Sepatutnya langkah yang pertama harus anda buat adalah berhadapan dengan suami dan luahkan perasaan anda, bukan dengan orang lain terutama dengan orang yang tiada kena mengena dengan anda....masalah yang anda hadapi hanyalah masalah anda berdua dan bukannya orang lain. Mungkin penglibatan nasihat dan campurtangan orang ketiga akan membuatkan suasana menjadi lebih panas dan masalah sukar diselesaikan, apatah lagi pihak ketiga itu memberi nasihat dan pendapat yang salah.

Kawal Rasa ingin Tahu.
Berdasarkan pengamatkan selalunya wanita yang menghadapi kecurangan suami ini tidak dapat mengelak daripada perasaan ingin tahu, mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai wanita yang menjadi punca kecurangan suaminya dan segala yang berkaitan dengannya. Tapi...untuk kebaikan diri dan ketenangan hati ada baiknya anda tidak perlu mengambil tahu mengenainya kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang perlu diketahui hanyalah alasan mengapa suami melakukannya. Mungkin sukar untuk anda memaafkan perbuatan suami yang melukakan hati anda namun jika anda masih sayangkan perkahwinan anda maka kuatkan hati untuk menghadapinya terutama jika suami mengakui kesalahannya.

Mengapa Wanita Curang










Selama ini kita sering mendengar cerita suami yang curang dan isteri menjadi korban pengkhianatan, namun kisah kecurangan rumahtangga kini tidak lagi terhad kepada kecurangan sang suami malah si isteri juga turut mencurangi pasangan mereka. Antara faktor kecurangan isteri ialah.

Tidak Dihargai
Setiap individu ingin dicintai dan menyintai, ungkapan kasih sayang dan pujian suami membuatkan wanita berasa dihargai sekaligus meningkatkan kepercayaan diri. Dan apabila wanita tidak mendapatkannya daripada suami, mereka mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka sehingga sanggup berlaku curang untuk membuatkan diri rasa dihargai.

Berjaya Dalam Karier
Ada wanita mencari lelaki lain setelah berjaya dalam karier kerjaya menarik adakala menjadikan rumahtangga sesuatu yang membosankan. Bayangkan apabila suami bersikap dingin sedangkan orang lain sentiasa memberikan pujian. Situasi ini membuatkan si isteri mencurah rasa kepada lelaki lain berbanding berdiskusi dengan suami sehingga membawa kepada kecurangan.

Ragu Dengan Komitmen Suami
Curiga dengan kesetiaan suami juga menjadi faktor kecurangan, dan jika suami benar-benar curang maka isteri tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama bagi membalas dendam meskipun mereka tidak beniat untuk berbuat demikian pada awalnya. Mungkin isteri melakukan perkara tersebut kerana ingin membuktikan bahawa mereka masih mampu menarik perhatian lelaki lain.

Bosan dan Kesepian
Ramai suami yang tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesipian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.  Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa yang berkualiti untuk bersama suami dan anak2. Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang. 
 Keperluan Seksual


Keperluan Seksual adalah salah satu benda yang penting bagi perempuan , jika suami tidak dapat melayan dan bersikap acuh tak acuh dalam perhubungan seksual mungkin membolehkan perempuan itu bersikap curang.