CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

11.29.2010

Menunggu Detik Beharga

Mungkinkah ia akan menjadi kenyataan atau sebaliknya....

11.22.2010

Si Dia Kembali...

Salam ...Kali ni nak cakap pasal kepulangan or kembali...haaa apa yang kembalinya??okey..kembalinya orang yang kita pernah sayang/cinta dulu..


Kembali ni tak semestinya orang tersebut kembali "couple" dengan kita, tapi maybe orang tersebut muncul kembali dalam hidup kita dengan menyapa "hai, lama tak dengar cite??"..
Maybe satu masa dulu kita macam dah hampir/sudah give up dengan orang tersebut, namun bila si dia muncul kembali kita rasa "eh, is that she/he the one for me?"

Okey bukan nak spoiled mood ke ape, bagi saya tak semestinya dia kembali untuk bersama kita. Maybe dia kembali untuk mengajar kita indirectly erti sabar atau setia. Contohnya , masa dia kembali tuk kita dah couple/kahwin dengan orang lain, jadi ini pasti menguji kesetiaan kita pada pasangan kita sekarang kan?? Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat kita yang dugaan pasti akan datang bila2 sahaja. Bergantung pada individu itu sendiri nak deal with the problem.

Saya pernah dengar dari kawan yang dengar kisah dari radio, seorang lelaki ni telah berkahwin dan pada suatu hari kekasih lama beliau telah menghubungi dia kembali. Dan dia sangat gembira dan setelah beberapa lama hubungan mereka kembali terjalin. Lelaki tu merasakan perasaan yang tidak pernah dia rasa bersama isterinya. Maybe dia rasa perkahwinan mereka hanya atas nama tetapi tiada pengisian seperti kasih sanyang dan cinta.

Namun entah bagaimana, baru lelaki itu tersedar, bahawa Allah menggerak kan kekasih lama beliau untuk kembali bukanlah untuk dia bersama kembali, tetapi menyedarkan dia bahawa apa yang selama ini telah hilang dalam perkahwinan dia dan isterinya. Jadi dia pon memutuskan hubungan dengan perempuan (ex gf) tersebut dan mula memperbaiki perkahwinan mereka.

Jadi kesimpulannya, marilah kita sama2 berusaha memperbaiki apa yang kita ada jangan hanya harapkan yang telah lalu. Diri kita sendiri mungkin harus berubah supaya kita sedar tujuan apa kembalinya si dia..

Tanda Lelaki Sayang...

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Beza Cinta dan Suka

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.


Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

24 Ciri-ciri Orang yang mencintai kamu...

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’cinta , ‘selamat hari minggu’, ‘selamat malam’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Gunting Rambut...

Ni la first time Abang Danial gunting rambut kat kedai...biasanya mama yang potong rambut abang Danial...




Balik Kampung Ipoh...

Ni antara pic masa kat kampung di Ipoh....Layan.....









Besday Abang Danial yang ke-3 at School



Happy Besday anak mama sayang..semoga sayang sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan ceria selalu.  mama berharap sayang sentiasa gembira hidup disamping mama dan papa.









 

SuaTu Hari Dihari Raya Aidiladha






Gambar Raya Aidiladha 2010

SuaTu Hari Dihari Raya Aidiladha

Tahun ni kami sekeluarga raya kat Putrajaya..sedih rasanya kerana x dapat berhari raya ngan ma dan ayah kat kampung....pagi2 raya lagi aku dah siapkan juadah raya...walaupun kami raya bertiga sahaja..

Juadah Raya yang dihidangkan untuk En Papa dan En Baby Danial


11.02.2010

SeNyuMaN

Aku mencari…


Sebuah seyuman..

Yang lahir dari hati..

Agar ia bisa..

Buat aku turut sama tersenyum..

Kenali 4 Tahap Bahaya Dalam Perkahwinan

Kehancuran sesenuah perkahwinan tidak terjadi dalam 1 hari sahaja.Ada tahap2 yang dilalui sebelum sampai ke fasa perpisahan.  Oleh itu semua pasangan suami isteri seharusnya mengenali tahap2 bahaya supaya kita dapat menilai situasi rumahtangga sendiri...

Tahap 1- Timbulnya Gangguan
Petanda
1.Anda berkata dalam hati persoalan kecilpun hendak diperbesarkan
2.Anda Mula rasa terganggu pada sikap dan kata2 pasangan
3.Anda enggan mengungkapkan rasa kesal atau tidak puas hati kepada pasangan.

*Ramai pasangan terutama sekali isteri yang sengaja menahan perasaan kecewa atau kesal untuk menghindari konflik.  Contohnya memendam rasa tidak puas hati dengan sikap suami.  Walhal cara itu sebenarnya tidak akan memberi jalan keluar kepada masalah yang dihadapi.  Pasangan tidak tahu apa masalah yang dihadapi atau apa yang membuatkan anda tidak puas hati.  Tahap pertama ini paling mudah untuk diatasi kerana ia belum terlalu serius.  Langkah awal adalah berterus terang dengan suami dan membicarakan secara langsung dengan suami, misalnya menggunakan strategi perbincangan dalam kamar.  ketika berada di atas katil bersama pasangan sebelum tidur, sampaikan isihati anda.  Nyatakan dalam suara yang lembut agar mendapat simpati.  suasana santaidan tenang selalunya akan memudahkan konflik terlerai.

Tahap ke2 Sambungan Akan Datang...