CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

12.08.2010

Doa Menjaga Kandungan






“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Perkembangan Bayi (Minggu Pertama ke minggu ke 16)

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.


Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Minggu ke-9 – Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)

Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. ( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)

Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. ( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)

Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Alhamdullilah...Rezeki itu Milik Kami...



30 November 2010

Dah 11 hari period lewat.. biasanya mmg lewat,..aku pun mmg x sangka Allah nak bagi rezeki pada kami . syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah....pagi tu aku saje test. sebelum aku menyahut Cabaran Diet yang aku anjurkan kat ofis....en. papa ckp, kalo xde xpe la, kalo ade Alhamdulillah...


Mula2 tu naik satu line je, pastu aku terus cakap kat en. papa x de la...aku terus keluar bilik air then iron baju...tiba2 en papa keluar tanya..tadi nurul tengok 1 line ke 2...ngan selamba aku cakap 1...dia kata ade 2 line le nurul...aku cakap papa jangan main2...aku terus g bilik air...a'a memang 2 line..berdegup2 jantung aku ketika itu..tapi line lg satu tu, malu2 plak nak naik...samar2 je nampak line nye... Tengahari eku ngan en papa terus g klinik Lita Alis..doktor pun kata line samar2 je...tapi dia bagi la aku folid asid...2 Disember aku ngan en papa g lak klinik gov..he..he..tak sabar nak check kat sana..keputusannya...aku sah pregnant... kami happy sgat... sama2 kongsi kegembiraan dgan Danial sebab Danial bakal dapat adik tahun depan.. xde la Danial main sorang2 lagi..... Syukur sangat2.. semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga janin ini sihat, sempurna,dan selamat sehingga dilahirkan nanti.. Amin..

Makanan Yang Harus Dihindari Saat Hamil

Ada beberapa makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan, hal ini karena kandungannya maupun cara pengolahannya yang kurang baik bagi ibu hamil dan janin. Makanan-makanan tersebut diantaranya:


  • Daging mentah atau yang setengah matang, seperti sushi, seafood, daging sapi maupun unggas yang dimasak setengah matang, karena beresiko mengandung bakteri seperti coliform dan toksoplasmosis yang sangat berbahaya bagi ibu hamil dan janin
  • Daging ikan dengan kandungan mercury tinggi, seperti : ikan hiu, ikan cucut, king mackerel dan tilefish. Mengkonsumsi merkuri dengan kandungan tinggi pada saat hamil akan mengakibatkan kerusakan otak pada janin sehingga memperlambat perkembangan janin dan bayi.
  • Ikan yang mengandung polutan industri yang dikenal dengan nama polychlorinated biphenyls (PCBs). Ikan-ikan ini berasal dari sungai atau danau yang tercemar. Beberapa contoh ikan yang dimaksud yaitu salmon, trout, pike, blue fish, dan stripped bass.
  • Telur mentah maupun yang setengah matang karena berpotensi mengandung bakteri Salmonella. Hindari juga mengkonsumsi makanan yang terbuat dari telur mentah atau setengah matang, seperti mayonnaise, eggnog dan homemade ice cream atau custard
  • Susu yang tidak di pasteurisasi dan produk olahannya seperti: keju, yoghurt. Pastikan susu yang digunakan telah dipasteurisasi.
  • Keju lunak seperti Brie, Camembert, Roquefort, Feta, Gorgonzola dan keju lunak putih Latin-American (queso blanco dan queso fresco) karena kemungkinan mengandung bakteri Listeria.
  • Hati, karena hati memiliki jumlah vitamin A yang berlebihan dan berbahaya bagi bayi Ibu.
  • Sayuran yang tidak dicuci.
  • Pemanis buatan
  • Teh Herbal. Meskipun berefek menenangkan, sebaiknya dihindari, kecuali atas izin dokter. Ada beberapa herbal yang berefek terhadap ibu hamil, seperti raspberry merah yang dapat menyebabkan kontraksi.
  • Minuman yang mengandung alcohol maupun kafein.

11.29.2010

Menunggu Detik Beharga

Mungkinkah ia akan menjadi kenyataan atau sebaliknya....

11.22.2010

Si Dia Kembali...

Salam ...Kali ni nak cakap pasal kepulangan or kembali...haaa apa yang kembalinya??okey..kembalinya orang yang kita pernah sayang/cinta dulu..


Kembali ni tak semestinya orang tersebut kembali "couple" dengan kita, tapi maybe orang tersebut muncul kembali dalam hidup kita dengan menyapa "hai, lama tak dengar cite??"..
Maybe satu masa dulu kita macam dah hampir/sudah give up dengan orang tersebut, namun bila si dia muncul kembali kita rasa "eh, is that she/he the one for me?"

Okey bukan nak spoiled mood ke ape, bagi saya tak semestinya dia kembali untuk bersama kita. Maybe dia kembali untuk mengajar kita indirectly erti sabar atau setia. Contohnya , masa dia kembali tuk kita dah couple/kahwin dengan orang lain, jadi ini pasti menguji kesetiaan kita pada pasangan kita sekarang kan?? Mungkin juga Allah nak tunjuk dekat kita yang dugaan pasti akan datang bila2 sahaja. Bergantung pada individu itu sendiri nak deal with the problem.

Saya pernah dengar dari kawan yang dengar kisah dari radio, seorang lelaki ni telah berkahwin dan pada suatu hari kekasih lama beliau telah menghubungi dia kembali. Dan dia sangat gembira dan setelah beberapa lama hubungan mereka kembali terjalin. Lelaki tu merasakan perasaan yang tidak pernah dia rasa bersama isterinya. Maybe dia rasa perkahwinan mereka hanya atas nama tetapi tiada pengisian seperti kasih sanyang dan cinta.

Namun entah bagaimana, baru lelaki itu tersedar, bahawa Allah menggerak kan kekasih lama beliau untuk kembali bukanlah untuk dia bersama kembali, tetapi menyedarkan dia bahawa apa yang selama ini telah hilang dalam perkahwinan dia dan isterinya. Jadi dia pon memutuskan hubungan dengan perempuan (ex gf) tersebut dan mula memperbaiki perkahwinan mereka.

Jadi kesimpulannya, marilah kita sama2 berusaha memperbaiki apa yang kita ada jangan hanya harapkan yang telah lalu. Diri kita sendiri mungkin harus berubah supaya kita sedar tujuan apa kembalinya si dia..

Tanda Lelaki Sayang...

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Beza Cinta dan Suka

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.


Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

24 Ciri-ciri Orang yang mencintai kamu...

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’cinta , ‘selamat hari minggu’, ‘selamat malam’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Gunting Rambut...

Ni la first time Abang Danial gunting rambut kat kedai...biasanya mama yang potong rambut abang Danial...




Balik Kampung Ipoh...

Ni antara pic masa kat kampung di Ipoh....Layan.....









Besday Abang Danial yang ke-3 at School



Happy Besday anak mama sayang..semoga sayang sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan ceria selalu.  mama berharap sayang sentiasa gembira hidup disamping mama dan papa.









 

SuaTu Hari Dihari Raya Aidiladha






Gambar Raya Aidiladha 2010

SuaTu Hari Dihari Raya Aidiladha

Tahun ni kami sekeluarga raya kat Putrajaya..sedih rasanya kerana x dapat berhari raya ngan ma dan ayah kat kampung....pagi2 raya lagi aku dah siapkan juadah raya...walaupun kami raya bertiga sahaja..

Juadah Raya yang dihidangkan untuk En Papa dan En Baby Danial


11.02.2010

SeNyuMaN

Aku mencari…


Sebuah seyuman..

Yang lahir dari hati..

Agar ia bisa..

Buat aku turut sama tersenyum..

Kenali 4 Tahap Bahaya Dalam Perkahwinan

Kehancuran sesenuah perkahwinan tidak terjadi dalam 1 hari sahaja.Ada tahap2 yang dilalui sebelum sampai ke fasa perpisahan.  Oleh itu semua pasangan suami isteri seharusnya mengenali tahap2 bahaya supaya kita dapat menilai situasi rumahtangga sendiri...

Tahap 1- Timbulnya Gangguan
Petanda
1.Anda berkata dalam hati persoalan kecilpun hendak diperbesarkan
2.Anda Mula rasa terganggu pada sikap dan kata2 pasangan
3.Anda enggan mengungkapkan rasa kesal atau tidak puas hati kepada pasangan.

*Ramai pasangan terutama sekali isteri yang sengaja menahan perasaan kecewa atau kesal untuk menghindari konflik.  Contohnya memendam rasa tidak puas hati dengan sikap suami.  Walhal cara itu sebenarnya tidak akan memberi jalan keluar kepada masalah yang dihadapi.  Pasangan tidak tahu apa masalah yang dihadapi atau apa yang membuatkan anda tidak puas hati.  Tahap pertama ini paling mudah untuk diatasi kerana ia belum terlalu serius.  Langkah awal adalah berterus terang dengan suami dan membicarakan secara langsung dengan suami, misalnya menggunakan strategi perbincangan dalam kamar.  ketika berada di atas katil bersama pasangan sebelum tidur, sampaikan isihati anda.  Nyatakan dalam suara yang lembut agar mendapat simpati.  suasana santaidan tenang selalunya akan memudahkan konflik terlerai.

Tahap ke2 Sambungan Akan Datang...

8.16.2010

GIVEAWAY RAYA DARI MRS NOR

Salam kawan-kawan semua...Marilah Ramai2 join GA dar Mrs Nor Hadiah2 tersangatlah menarik...untuk dipakai masa raya..he..he..berminat memiliki koleksi barangan antik dan english home decor jengoklah blog kak nor ni ok.. skang ni kak. nor tgah buat RAMADHAN SALE... terjah...jangan tak terjah blog kak nor... http://mrsnorhobi.blogspot.com/2010/08/give-away-raya.html

7.28.2010

Ooooooo Balik Kampung...Oooooo Balik kampung...

23 Julai 2010...jam 8.00 malam..aku bertolak balik kampung dari putrajaya....pukul 3.45 am aku dah sampai di umah ma......diorang semua masih tidur.....sebenarnya kegembiraan dalam hidupku apabila aku balik ke kampung...jumpa ma...ayah. dan family.....yang paling aku seronok...tiap kali balik kampung ade saje benda yang aku dapat....kali ni aku dapat...tudung kaler coklat..Perfume..Estee Lauder Pleasurer...dan beg Bonia....tu yang best ....anes pulak dapat tudung..Perfume Women..Avon..kih..kih..kih..rantai ..dan yang best Laptop..ayah aku bagi...,,Ayah aku beli laptop baru..jenama acer 14 inci..ct pulak beli nbook ...10inci kat KBMall..bestnye diorang...akupun tumpang gembira gak..familyku murah rezeki.....Oooooo balik kampung...OoooooBalik kampung hati girang.....tak sabar raya nak balik kampung lagi.............he..he...

inilah beg bonia yang ct bagi


yang tengah ngan tu le ma i bagi..

7.14.2010

PINTU RINDU
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhmu erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukmu..

7.13.2010

Mengidam..Ice cream

                                                model ice cream

  • Papa tak reti berkebun - Papa cantas pokok dengan bunga-bunganya sekali
  • Papa tak reti menjahit - Papa buh selotep kat anak patung yang dah tak de rupa
  • Papa tak reti buat tocang - Tak tau nak describe. tah rupa apa tah budak
  • Tapi Papa suka beli aiskrim dihujung minggu.


 

 


6.07.2010

Suami Curang. 5 Perkara Perlu Dilakukan....

 Menerima berita kecurangan suami memang sesuatu yang menghiris hati seseorang isteri, pedih hati kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan akhirnya dikhianati, ditambah pula dengan perasaan malu bila kecurangan itu sudah pun tersebar dikalangan ahli keluarga dan rakan sendiri.. Berita mengejutkan ini biasanya jarang dapat diterima dengan hati yang tenang oleh wanita. Pastinya tiada isteri yang tidak emosi bila menerima berita sebegini. Sebab itulah ada yang mengambil tindakan menyerang suami dipejabat malah menyerang wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan suami. Sekiranya perkara ini berlaku..berfikirlah dulu sebelum bertindak..mungkin tip dibawah boleh dijadikan panduan.

Cuba Tenangkan Diri
Memang susah hendak tenangkan diri...tapi cubalah fikirkan tentang keluarga dan anak anda. Sebelum anda menyerang suami ada baiknya anda memberi masa pada diri untuk berfikir tindakan yang paling sesuai untuk diambil. Selain itu fikirlah tindakan yang akan diambil dan apa kesannya kepada keluarga, pasangan dan anak anda.

Dialog dengan Diri Sendiri.
Ketika anda mengambil masa untuk berfikir, Bercakaplah dengan diri anda sendiri, Adakah anda ingin memperbaiki keadaan dengan memaafkan pasangan anda dan meneruskan lagi perhubungan. Jika anda masih menyangi pasangan anda, cubalah untuk mengendalikan emosi, selalunya dalan keadaan begini kita akan bertindak dan juga akan bercakap mengikut emosi dan bukannya mengikut fikiran yang waras.

Berhadapan Dengan Suami
Bila emosi anda sudah reda dan fikiran kembali tenang baru barulah perkara ini dibincangkan dengan pasangan. Waktu ini walaupun anda layak untuk marah namun berilah peluang untuk pasangan bercakap, biarkan dia mengungkapkan rasa kecewa, kemaafan, penyesalan dan sebagainya. Selepas itu barulah giliran anda meluahkan semuanya.

Luahkan Pada Orang Yang Betul
Sewaktu berhadapan dengan masalah kecurangan suami ramai wanita yang tersilap langkah dalam menangani situasi ini. Sebaik cerita didengar mereka terus meluahkan rasa emosi dengan orang lain dan bukannya dengan suami. Mungkin dengan rakan ataupun ahli keluarga..Sepatutnya langkah yang pertama harus anda buat adalah berhadapan dengan suami dan luahkan perasaan anda, bukan dengan orang lain terutama dengan orang yang tiada kena mengena dengan anda....masalah yang anda hadapi hanyalah masalah anda berdua dan bukannya orang lain. Mungkin penglibatan nasihat dan campurtangan orang ketiga akan membuatkan suasana menjadi lebih panas dan masalah sukar diselesaikan, apatah lagi pihak ketiga itu memberi nasihat dan pendapat yang salah.

Kawal Rasa ingin Tahu.
Berdasarkan pengamatkan selalunya wanita yang menghadapi kecurangan suami ini tidak dapat mengelak daripada perasaan ingin tahu, mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai wanita yang menjadi punca kecurangan suaminya dan segala yang berkaitan dengannya. Tapi...untuk kebaikan diri dan ketenangan hati ada baiknya anda tidak perlu mengambil tahu mengenainya kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang perlu diketahui hanyalah alasan mengapa suami melakukannya. Mungkin sukar untuk anda memaafkan perbuatan suami yang melukakan hati anda namun jika anda masih sayangkan perkahwinan anda maka kuatkan hati untuk menghadapinya terutama jika suami mengakui kesalahannya.

Mengapa Wanita Curang










Selama ini kita sering mendengar cerita suami yang curang dan isteri menjadi korban pengkhianatan, namun kisah kecurangan rumahtangga kini tidak lagi terhad kepada kecurangan sang suami malah si isteri juga turut mencurangi pasangan mereka. Antara faktor kecurangan isteri ialah.

Tidak Dihargai
Setiap individu ingin dicintai dan menyintai, ungkapan kasih sayang dan pujian suami membuatkan wanita berasa dihargai sekaligus meningkatkan kepercayaan diri. Dan apabila wanita tidak mendapatkannya daripada suami, mereka mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka sehingga sanggup berlaku curang untuk membuatkan diri rasa dihargai.

Berjaya Dalam Karier
Ada wanita mencari lelaki lain setelah berjaya dalam karier kerjaya menarik adakala menjadikan rumahtangga sesuatu yang membosankan. Bayangkan apabila suami bersikap dingin sedangkan orang lain sentiasa memberikan pujian. Situasi ini membuatkan si isteri mencurah rasa kepada lelaki lain berbanding berdiskusi dengan suami sehingga membawa kepada kecurangan.

Ragu Dengan Komitmen Suami
Curiga dengan kesetiaan suami juga menjadi faktor kecurangan, dan jika suami benar-benar curang maka isteri tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama bagi membalas dendam meskipun mereka tidak beniat untuk berbuat demikian pada awalnya. Mungkin isteri melakukan perkara tersebut kerana ingin membuktikan bahawa mereka masih mampu menarik perhatian lelaki lain.

Bosan dan Kesepian
Ramai suami yang tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesipian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.  Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa yang berkualiti untuk bersama suami dan anak2. Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang. 
 Keperluan Seksual


Keperluan Seksual adalah salah satu benda yang penting bagi perempuan , jika suami tidak dapat melayan dan bersikap acuh tak acuh dalam perhubungan seksual mungkin membolehkan perempuan itu bersikap curang.

5.31.2010

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan



Kenapa seseorang memendamkan perasaan

Malu

Takut menjadi bebanan kepada orang lain

Terlalu peribadi untuk dibincang

Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya

Bimbang akan reaksi orang lain

Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami

Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri

Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja



Bagaimana mengendalikan perasaan anda

Ketahui perasaan anda

Luahkan perasaan anda

Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda

Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain



Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

Merasa lega

Mengurangkan tekanan

Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda

Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah

Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

Jadi, kongsilah perasaan anda.

Asma


Batuk. Berdehit. Dada berasa ketat. Kesukaran bernafas. Ini merupakan beberapa gejala yang sering dialami penghidap asma - kadangkala setiap hari akibat kawalan asma yang tidak baik. 2 juta rakyat Malaysia yang menghidap asma, gejala-gejala ini telah menjadi kebiasaan serta cenderung meningkat sekiranya tidak dikawal dengan betul. Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.

Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka tidak terkawal. Kenyataannya, lebih kurang 20 episod serangan asma dialami oleh setiap orang dewasa setiap tahun.  Ini mungkin kelihatan sedikit, namun serangan ini amat melesukan bagi seorang pesakit asma yang terpaksa ditahan di hospital dan menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu.

Kenapa Serangan Ini Berlaku?

Keradangan serta kesempitan saluran pernafasan menyebabkan batuk, berdehit, dada berasa ketat serta pernafasan yang tersekat-sekat. Keradangan salur pemafasan adalah punca masalah ini. Malangnya, kebanyakan penghidap asma mengabaikan rawatan radang walaupun diarahkan oleh doktor.

Kebanyakan penghidap asma mengalami gejala-gejala tertentu sebelum serangan berlaku. Namun masalahnya, mereka terlampau bergantung kepada alat penyembur pelega berwarna biru, sehingga mengabaikan alat sedut pencegah. Penghidap asma perlu memahami bahawa kedua-dua ubat pencegah dan pelega diperlukan untuk kawalan asma yang betul.

Kedua—duanya mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh ditukar ganti, dan inilah sebabnya kenapa ramai yang bergantung sepenuhnya kepada alat sedut pelega biru tidak melihat sebarang perubahan pada keadaan mereka.

Ubat pencegah merawat punca keradangan, dan patut digunakan setiap hari bagi tujuan pencegahan. Alat penyembur pelega berwarna biru hanya digunakan apabila perlu - selalunya apabila saluran pernafasan menjadi sempit untuk kelegaan cepat.

Adalah penting untuk mengingati bahawa alat penyembur biru tidak merawat keradangan, dan pergantungan melampau tidak akan membantu pengawalan asma.

Pengurusan asma yang betul memerlukan para penghidapnya menggunakan kedua-dua ubat kerana merawat keradangan adalah langkah perlu dalam mengawal asma agar serangan dapat dicegah.

Ramai pesakit gagal memahami kepentingan menggunakan kedua-dua ubat sebagai sebahagian pengurusan asma mereka. Ramai pesakit tidak dapat membezakan fungsi ubat yang berlainan warna, dan penggunaan pelbagai ubat mengelirukan sesetengah mereka.

Terapi dan Pelega dengan Satu Alat Sedut

Sekiranya punca masalah ada pada keradangan saluran pernafasan, maka penyelesaiannya adalah mencegah atau mengawal keradangan ini.

Kunci kepada pengurusan asma yang betul dan pencegahan serangan adalah memberikan rawatan awal serta secukupnya bagi punca keradangan salur pernafasan. Para pesakit asma perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk mengetahui cara terbaik merawat asma mereka.

Tinjauan International Asthma Patient Insight Research (INSPIRE) mendapati para pesakit mahukan kelegaan segera dan terapi asma mereka; dan majoritinya memilih untuk bergantung kepada satu alat penyembur dan mengurangkan ubat-ubatan lain.

Pakar perubatan hari ini, menuruti panduan Global initiative for Asthma (GINA) dan akan merawat pesakit asma berdasarkan kawalan dan bukan tahap asma. Pendekatan terbaru kepada pengurusan asma dikenali sebagai Single inhaler Maintenance And Reliever Therapy — atau mudahnya SMART. SMART ialah terapi pencegah dan pelega dengan satu alat sedut.

Pesakit asma hanya memerlukan satu alat sedut kerana ia memberi kedua-dua dos pencegah harian serta pelega sekiranya diperlukan. Alat sedut baru ini mudah dikenali oleh warnanya - alat sedut merah turbuhaler — yang membezakannya dan ubat yang kini digunakan. Keperluan bergantung kepada satu alat sedut sahaja bermakna para pesakit asma tidak lagi keliru seperti dahulu.

Penyelidikan klinikal yang terperinci telah dilakukan untuk pendekatan baru ini. Lebih dari 14 pesakit seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam program pembangunan klinikal SMART.

Hasilnya menunjukkan bahawa SMART memberi kawalan asma menyeluruh yang lebih baik serta mengurangkan risiko serangan asma yang serius.

Bukan Tentang Perubatan Sahaja


Pesakit asma boleh mengharapkan kelegaan segera, kawalan asma yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup bagi jangka masa panjang. Akan tetapi, beberapa perubahan kecil mampu merubah pelbagai keadaan.

Para pesakit asma boleh mempraktikkan beberapa langkah mudah untuk membantu dalam kawalan asma mereka:

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu - setelah mendapat diagnosis yang betul, barulah terapi pengurusan asma yang terbaik bagi seseorang pesakit dapat disyorkan.

Awasi gejala asma anda - kenali gejala asma anda dengan baik serta perhatikan reaksi tubuh anda. Bertindak segera untuk mengawal asma anda.

Kenali ubat-ubatan anda - patuhi nasihat doktor mengenai perubatan asma, dan bila anda perlu mengambilnya. Anda boleh memudahkan pengurusan asma anda dengan mengguna turbuhaler merah cara SMART dan bukan pelbagai alat sedut.

Jauhi faktor-faktor cetusan asma - asma adalah penyakit yang berubah-ubah; banyak faktor boleh mencetuskan serangan, oleh itu awasi punca serangan anda. Adakah ia asap rokok, habuk, pencemaran atau sesetengah jenis makanan?

Mesejnya, jangan biarkan asma mengawal anda. Sebaliknya, anda boleh mengawal asma anda!

Cara Mengatasi Stressss

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda
Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.

5.29.2010

PuluT Ikan Masin



Akhirnya aku dapat juga makan pulut ikan masin...dah lama aku teringin nak makan......dah dekat 2 bulan rasanya....beras pulut dah lama beli, cuma kelapa parut je susah nak cari......semalam aku g pasar tani mega ...ternampak je kelapa...terus aku beli....pas tu aku beli lak ikan kembung...balik rumah ...aku rebus le ikan kembung tadi letak je asam keping ngan garam jerang je la atas dapur......pagi ni aku mulakanlah operasi aku nak tanak pulut...actually aku tak pernah pun masak pulut...biasanya mak aku yang masak...rasanya letak sikit je airnya....akhirnya aku berjaya masak pulut walaupun first time....pas tu aku goreng ikan kembung rebus tadi.....kelapa yang aku beli semalam elok je....aku letak garam sikit kat kelapa tadi.....dengan penuh nikmat aku makan pulut tu ...siap bertambah2 lagi...kena lak dengan white coffee..peeh...bestnya...tapi kesian kat hubby aku ngan danial...diorang bukannya makan sangat...danial lagi la tak sentuh langsung....he..he...tercapai jugak kempunan aku nak makan pulut.....

5.28.2010

BesDaY MaMa DaniaL

26 Mei ari rabu genap umur aku 23 tahun..hi..hi..32 tahun le.....tahun ni banyak sikit le kejutan...pagi2 lagi aku dapat kad besday yang diselit dicelah katil..konon..ala2 aku bukak mate je terus terpandang kad...Pas tu mandi2 turun bawah nak bersiap g bercuti kat Melaka....hubby aku perdengarkan irama dan lagu besday yang dia create......masa nak bersiap2 aku buka handbag nampak macam bungkusan hadiah...cover hadiah Dior...aku macam kenal je...mesti perfume....masa aku bukak hadiah memang sah le....Ferfume Dior Jadore....50 ml...actually aku nak ....Estee Lauder...tapi tak pe la...Dior pun memang aku pakai pun...Thank untuk my hubby....yang kelakarnye masa nak bukak hadiah tu bukan aku yang bukak tapi biasalah pengarang jantung mama le..... danial...dia yang beria-ia nye bukak hadiah tu.....Kami bertolak gi melaka dalam pukul 10 am...sampai kat sana cari hotel chek in hotel mandikan danial pas tu terus kuar...fist gi makan...pas2 gi Taming Sari...best gak dapat tengok bandar melaka ditempat yang tinggi ...macam2 nampak ngan teropong yang disewa..he..he..pas tu beli gambar yang diambil oleh diorang harga RM 35 sekeping..belehlah wat kenangan...Pas tu naik Beca..raoud tempat2 yang menarik ok gak la...naik beca dalam 1 jam 45 minit.....peeh tambang dia RM 70 ....tak pe duit leh cari...hati kena gumbira..ha..ha....lagipun bukan aku yang bayar....hi..hi..(gelak jahat).disebabkan tak puas hati melawat tempat menarik ngan beca aku ngan hubby g sendiri ngan kete..bukannya susah pun jalan...pusing2 kat situ gak..siap pekena cendol lagi...malamnya kami naik cruise lama gak pusing2 danial le yang seronok....macam2 dia bebel...perut pun dah lapar balik aku pusing2 cari tempat yang menarik tuk mengisi perut..cari punya cari jumpa le..tempatnya menarik tepi sungai...tempat orang memancing...ramai le aku tengok kaki2 pancing dok nunggu hasil pancingannye....sejam 20 hinggit kalu tak silap.....siap makan kami balik ke hootel dalam pukul 11 malam..dah penat aku mula la ngantuk  bila nampak tilam...yang herannya danial ni tak ngantuk2 lagi....siap tengok tv lg...aku lap2 badanya terasa panas lak...demam la pulak danial ni...hubby aku lap2 badan danial ngan kuatkan econd....malamm tu hubby aku le berjaga..hi..hi...besday girl mana leh  wak keje beratkan...paginya   Alhamdullillah danial dah sihat.....dah mandi2 siap2 kami chek out awal...hari ke2 masa aku bershopping..he..he...mula2 g shopping barang2 melaka ...beli baju kat danial...baju kat anies...beli makanan melaka dll....belum tiba giliran aku lagi...pas2 kami gi lunch..kat mcD je.....lepas makan kami gi Dataran warisan banyak kedai berjenama kat sana ade mikki ..nichii...vincci...seed..bonia...dan macam2 lg..sempat le aku beli 2 helai baju..ha..ha..pas tu pusing2 kat Mahkota prade lak..kat situ pun aku beli seluar ngan baju...pusing2 bandar melaka...dalam pukul 5 pm..kami bertolak balik putrajaya......malamnye kuar lg ..gi makan kat village view...aku teringin nak makan tomyam....
gambar bersama hadiah daripada hubby Jadore Dior.
Jadore Dior.


Taraaa......emmm...wanginye...
  
Sebelum Masuk Taming Sari


                                                        
Naik Taming Sari....Kening Danial yang berkerut menahan panas....

Dihadapan Kereta Tuanku...semasa Perarakan Merdeka...

5.24.2010

Eeeeee..Yek...Yek....

Mama tolong....tangan danial kotor.....danial ni kalau tangan dia kotor terkena ape2 je mesti cakap yek...yek..tak leh kotor sikit...mama le jadi mangsa kena basuh tangan nya....cermat sangat.....